Program Hari Anugerah Usahawan IUD PIM

13 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Julai 2019 telah berlangsungnya “Hari Anugerah IUD & Jamuan Makan Malam” yang telah diadakan di Sudara Beach Resort, Bachok Kelantan.

Hari Augerah IUD ini dilaksanakan untuk memberi perhargaan kepada para usahawan yang terlibat dalam kursus IUD (Inovasi Usahawan Desa) yang telah dilaksanakan oleh pihak Pusat Internet (PI) dibawah KDN 1.

Terdiri daripada 11 buah Pusat Internet dimana setiap PI menghantar wakil usahawan mereka masing-masing untuk mengikuti kursus ini.

Program ini telah dirasmikan oleh Puan Noorly Iza wakil dari Maxis.

Turut hadir ke Hari Anugerah IUD & Jamuan Makan Malam ialah Wakil dari Pihak Nera Malaysia Sdn Bhd Cik Mardziyah Binti Abdul Wahab selaku Head Of Human Capital Development Pusat Internet, Cik Siti Hasmah Binti Abdul Patah selaku Network Infrastructure Service Provider (NISP).

Dan wakil dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Prof. Madya Dr. Mohd Nor Hakimin Bin Yusoff selaku Pengarah Pusat Latihan Dan Perundingan Keusahawanan (CETC).

Berikut merupakan video penuh program ini https://youtu.be/x6XL0QiZFZg dan https://youtu.be/w-QPsqXj1qc

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas